Boingo Wi-Fi Untuk Pemegang Kad Mastercard®

Kami telah menyusun beberapa soalan yang biasa ditanya untuk memberi anda lebih banyak maklumat tentang Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard.

Jika anda mempunyai pertanyaan yang anda tidak menemukan jawapannya, sila gunakan halaman hubungi kami https://Mastercard.boingo.com/contact-us.

Q. Apakah faedah Wi-Fi Boingo untuk Mastercard kepada pemegang kad?

A. Faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard membolehkan satu keahlian individu dalam pelan tanpa kos tambahan. Faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard memberi anda akses tanpa had kepada Wi-Fi premium di:
  • Lebih 1 juta kawasan khas (hotspot) global
  • Beribu-ribu buah hotel (termasuklah Marriott, Hilton dan Accor), lokasi perniagaan runcit, kafe dan restoran
  • Beratus-ratus buah lapangan terbang (termasuklah ORD, LGA, JFK, LAX)
  • Akses dalam penerbangan dengan syarikat penerbangan terpilih
Anda boleh menikmati akses di serata dunia secara serentak untuk sehingga empat buah peranti tanpa berasa bimbang akan had data atau bayaran perayauan.

Q. Bagaimanakah saya boleh mengetahui sama ada saya layak untuk faedah Wi-Fi Boingo untuk Pemegang Kad Mastercard?

A. Pemegang kad Consumer World dan World Elite mungkin layak mendapat manfaat tersebut.

Q. Berapa lamakah saya boleh menggunakan faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard ini?

A. Faedah ini boleh digunakan sehingga kad anda dibatalkan atau ditutup.

Q. Apakah yang dapat saya lakukan dengan Wi-Fi Dalam Penerbangan Boingo?

A. Wi-Fi dalam penerbangan Boingo telah dirangka untuk menyediakan akses Internet supaya dapat melayari Internet secara ringan, menyertai media sosial, menyemak e-mel dan BERSEMBANG

Aktiviti dan aplikasi yang tidak disokong (dan tidak terhad kepada):

    1. Penstriman Video dan Audio
    2. Voice over Internet Protocol (VoIP) dan panggilan video, seperti penstriman Skype, Facetime, WhatsApp
    3. Mesej MMS
    4. Aplikasi Persidangan Video, seperti Zoom, Microsoft Teams (namun begitu, pemesejan disokong)
    5. Perkhidmatan Awan, seperti Dropbox, OneDrive, Google Drive
    6. Pengemaskinian Perisian dan Aplikasi, termasuk
      1. Muat turun atau kemas kini aplikasi
      2. Kemas kini OS
      3. Kemas kini Antivirus dan Keselamatan Internet

Q. Bagaimanakah saya mendaftarkan faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard saya?

A. Anda boleh pergi ke pautan yang disediakan oleh institusi kewangan anda, sebagai contoh http://mastercard.boingo.com, dan mengikuti proses pendaftaran lancar sepertimana yang dinyatakan.
  1. Semak sama ada kad anda layak menerima faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard.
  2. Jika layak, cipta akaun Boingo anda. Penggunaan anda terhadap perkhidmatan Wi-Fi milik Boingo tertakluk kepada perjanjian pelanggan Boingo, perjanjian lesen pengguna akhir serta terma dan syarat sah lain yang diterima pakai, termasuklah terma penggunaan, dasar privasi dan keselamatan Boingo yang boleh didapati di http://www.boingo.com.
  3. Terima pengesahan untuk akaun Boingo yang baharu dicipta.
  4. Anda kini mempunyai akses kepada semua kawasan khas (hotspot) Boingo, aplikasi Wi-Finder dan Boingo Passpoint.

Q. Saya mempunyai pelan Boingo yang sedia ada. Adakah pelan itu akan dibatalkan secara automatik apabila saya mengaktifkan faedah saya?

A. Tidak, jika anda mempunyai pelan langganan Boingo berbayar yang sedia ada, pelan sedia ada anda tidak akan dibatalkan secara automatik apabila anda mendaftar dalam faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard. Jika anda ingin membatalkan pelan langganan berbayar anda yang sedia ada, layari https://my.boingo.com dan gunakan pilihan Cancel Subscription (Batalkan Langganan) atau hubungi talian khusus faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Mastercard menerusi nombor bebas tol yang disenaraikan di sini https://Mastercard.boingo.com/contact-us.

Q. Di manakah saya dapat menyambung kepada Boingo?

A. Anda dapat mengesan kawasan khas (hotspot) yang boleh diakses dengan melayari http://wifi.boingo.com atau memuat turun aplikasi Boingo Wi-Finder. Terdapat peta kawasan khas pada laman web dan juga pada aplikasi mudah alih dengan menggunakan pengesan kawasan khas Wi-Finder.

Q. Mengapakah sesetengah butiran lokasi untuk kawasan khas tidak mengandungi nama perniagaan?

A. Disebabkan peraturan privasi, sesetengah operator kawasan khas, cthnya. BT Wi-Fi Business Hub, tidak boleh memaparkan nama beberapa perniagaan kecil. Sebaliknya, alamat jalan disediakan sebagai butiran lokasi perniagaan tersebut. Alamat itu berserta dengan peta Wi-Finder akan membolehkan anda mengesan kawasan khas berkenaan.

Q. Bagaimanakah saya menyambung kepada kawasan khas Wi-Fi menggunakan Boingo?

A. Terdapat tiga cara untuk menyambung: menerusi pelayar menggunakan halaman pendaratan operator kawasan khas, menerusi aplikasi Boingo Wi-Finder atau Boingo Passpoint (di kawasan khas terpilih).

Halaman Pendaratan Boingo/Operator Kawasan Khas:

  1. Kesan kawasan khas yang boleh diakses menggunakan http://wifi.boingo.com atau Aplikasi Wi-Finder.
  2. Sambung kepada kawasan khas apabila berada di dalam lingkungan menggunakan tetapan Wi-Fi peranti.
  3. Buka pelayar anda dan masukkan kelayakan akaun Boingo (jika halaman pendaratan bukan berjenama Boingo, gunakan pilihan perayauan, pilih Boingo dan kemudian masukkan kelayakan akaun anda)

Aplikasi Wi-Finder:

  • iOS (iPhone, iPad atau iPod)
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari App Store
    2. Semasa pemasangan, buat pilihan “I have an account” (“Saya mempunyai akaun”) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Gunakan Wi-Finder untuk mengesan kawasan khas Boingo yang berdekatan
    4. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, pergi ke tetapan Wi-Fi iOS dan pilih rangkaian Boingo (akan memaparkan ‘Check for Boingo Wi-Fi’ (‘Semak Boingo Wi-Fi’))
    5. Ikuti pemberitahuan, masuki semula aplikasi Wi-Finder dan klik ‘Connect Now!’ (‘Sambung Sekarang!’)
  • Android
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari Play Store
    2. Klik ‘Grant Permissions’ (‘Beri Kebenaran’) dan ikuti arahan untuk menukar tetapan kepada ‘On’/‘Allow’ (‘Hidupkan’/‘Benarkan’).
    3. Klik ‘I already have an account’ (‘Saya sudah mempunyai akaun’) dan masukkan kelayakan akaun
    4. Gunakan Wi-Finder untuk mengesan kawasan khas Boingo yang berdekatan
    5. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’) dalam aplikasi Wi-Finder.
  • Mac OS X
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari http://boingo.com/retail dan pasang aplikasi
    2. Klik ‘Sign in’ (‘Daftar masuk’) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’)
  • Windows
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari http://boingo.com/retail dan pasang aplikasi
    2. Klik ‘Sign in’ (‘Daftar masuk’) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’)

Boingo Passpoint:

Anda boleh memasang profil Boingo Passpoint anda dengan melayari https://passpoint.boingo.com/ dan mengikuti langkah-langkah untuk muat turun.

Q. Adakah saya mempunyai akses kepada Wi-Fi dalam penerbangan?

A. Perkhidmatan Boingo tersedia menerusi pelbagai syarikat penerbangan di seluruh dunia. Perkhidmatan ini biasanya disediakan dalam penerbangan Antarabangsa jarak jauh yang ditawarkan oleh JAL, American Airlines, Lufthansa dan banyak lagi. Tiada jaminan bahawa setiap pesawat atau laluan penerbangan yang digunakan akan mempunyai perkhidmatan Wi-Fi, maka anda akan perlu memeriksa perkhidmatan itu secara manual:
  1. Dalam pelayar web: Setelah dibawa ke halaman pendaratan, cari bahagian yang menyatakan: roaming partners (rakan kongsi perayauan). Klik bar menu juntai bawah dan cari Boingo. Jika dijumpai, pilih Boingo – anda akan dihalakan semula ke halaman pendaratan Boingo dan di sana anda dapat memasukkan kelayakan log masuk anda (nama pengguna dan kata laluan)
  2. Pada peranti iOS: Buka pilihan Wi-Fi dalam menu tetapan. Jika rangkaian dalam penerbangan menyokong Boingo, nama rangkaian akan mempunyai anotasi “Check for Boingo Wi-Fi” (“Semak Boingo Wi-Fi”). Pilih rangkaian itu dan tunggu Wi-Finder menggesa anda untuk menyambung.
  3. Pada peranti Android: Buka Wi-Finder dan jika akses rangkaian tersedia, klien akan memberitahu anda untuk mengklik supaya dapat menyambung.

Q. Apakah Boingo Wi-Finder?

A. Boingo Wi-Finder merupakan aplikasi percuma untuk iOS, Android, Mac dan Windows yang membolehkan anda mengesan dan menyambung kepada kawasan khas berdekatan anda yang boleh diakses oleh Boingo menggunakan beberapa klik sahaja.

Q. Di manakah saya dapat memuat turun Aplikasi Boingo Wi-Finder?

A. Aplikasi Boingo Wi-Finder tersedia untuk dimuat turun menerusi http://boingo.com/retail, iTunes, App Store, Google Play dan Windows Store.

Q. Apakah Boingo Passpoint?

A. Boingo Passpoint membolehkan sambungan automatik, pantas dan selamat di pelbagai lapangan terbang dan 150,000 kawasan khas Time Warner Cable (TWC) Passpoint di seluruh negara tanpa perlu mengelog masuk, sama seperti di rumah! Hanya muat turun profil Boingo Passpoint ke peranti anda untuk menyambung di kawasan khas yang mempunyai Passpoint

Q. Peranti apakah yang menyokong Passpoint?

A. Hampir semua peranti yang menjalankan versi sistem operasi yang berikut mempunyai keupayaan Passpoint: Android 6.0, Windows 10, iPhone 5 (atau lebih tinggi), iPad generasi ke-3 (atau lebih tinggi), iPad Air, semua iPad Mini dan Mac yang menjalankan OSX Mavericks (atau lebih tinggi). Anda boleh mengesahkan sistem operasi anda dalam bahagian tetapan.

Q. Di manakah saya boleh menguruskan akaun Boingo saya?

A. Anda boleh menguruskan akaun anda dengan melayari https://my.boingo.com.

Q. Di manakah saya dapat mencari nama pengguna yang saya daftarkan untuk akaun Boingo saya?

A. Please refer to the confirmation email you received during registration or visit https://selfcare.boingohotspot.net/accounthelp and follow the prompts.

Q. Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?

A. You can reset your password by visiting https://selfcare.boingohotspot.net/accounthelp and following the prompts.

Q. Siapakah rakan kongsi perayauan Boingo dan di manakah mereka berada?

A. Boingo mempunyai perkongsian dengan operator kawasan khas di Benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Perkongsian itu merangkumi, antara lainnya, AT&T, Time Warner Cable (TWC), T-Mobile, Orange, BT Wifi, NTT Docomo, Telin dan China Mobile.

Q. Di tempat lain yang manakah saya dapat mencari jawapan jika soalan saya tidak dijawab di sini?

A. Anda boleh mendapatkan rencana yang menangani pertanyaan dan isu teknikal biasa dengan melayari http://support.boingo.com/Consumerwifi atau menelefon/meng-e-mel Pusat Sokongan Pelanggan Boingo.

Q. Apakah cara terbaik untuk menghubungi Pusat Sokongan Pelanggan Boingo?

A. Pusat Sokongan Pelanggan Boingo dapat dihubungi menerusi Mastercardsupport@boingo.com atau melalui nombor telefon bebas tol antarabangsa yang boleh didapati di https://Mastercard.boingo.com/contact-us.

Q. Bagaimanakah program dalam penerbangan berubah?

A. Jika anda layak mendapat manfaat Wi-Fi Boingo untuk Pemegang Kad Mastercard®, anda kini boleh menyambung 12 kali setahun selama 90 minit untuk setiap sesi.

Program ini berubah kerana kami kini lebih memahami penggunaan individu dan untuk membantu memastikan kelestarian manfaat ini pada masa hadapan. Setiap kad yang layak akan diperuntukkan dua belas sesi 90 minit setahun, dan setiap sesi akan disertakan dengan data tanpa had untuk memastikan pengalaman Wi-Fi dalam penerbangan yang lancar dikekalkan.

Q. Bagaimana jika saya mahu menggunakan Wi-Fi selama lebih daripada 90 minit dalam penerbangan?

A. Anda boleh menebus seberapa banyak baki sesi Wi-Fi Boingo anda yang tinggal dalam satu penerbangan. Sebagai contoh, jika sesi 90 minit anda tamat tempoh dan anda memerlukan akses Wi-Fi tambahan, anda boleh mengaktifkan sesi Wi-Fi selama 90 minit lagi dengan hanya mendaftar masuk semula.

Q. Adakah terdapat sebarang had data bagi setiap sesi?

A. Tidak, data dalam setiap sesi adalah tidak terhad. Anda tidak akan tertakluk pada sebarang had data sepanjang setiap sesi 90 minit.

Q. Apakah yang akan berlaku apabila saya telah menggunakan kesemua 12 sesi saya?

A. Sebaik sahaja kesemua 12 sesi telah digunakan, anda perlu menunggu hingga 1 Januari tahun hadapan untuk menerima peruntukan bagi 12 sesi yang seterusnya. Sekiranya anda masih perlu menggunakan Wi-Fi Dalam Penerbangan, anda perlu membeli pelan mengikut perkhidmatan yang disediakan oleh syarikat penerbangan. Anda juga boleh terus menggunakan mana-mana kawasan panas Boingo Terestrial untuk baki tahun kalendar.

Q. Jika saya mempunyai berbilang Mastercard yang layak, adakah saya mendapat 12 sesi bagi setiap kad?

A. Ya – 12 sesi diperuntukkan kepada setiap Mastercard yang layak. Jika anda mempunyai berbilang kad yang layak, anda akan menerima peruntukan 12 sesi bagi setiap kad, termasuk kad pendamping.

Q. Bagaimana jika terdapat sesi yang tidak digunakan pada penghujung tahun – adakah sesi itu dibawa kepada tahun hadapan?

A. Tidak, sesi yang tidak digunakan tidak akan dibawa kepada tahun hadapan. Anda akan menerima deposit baharu sebanyak 12 sesi pada 1 Januari, selagi anda masih layak mendapat manfaat tersebut.

Q. Bagaimana jika tempoh penerbangan hanya 60 minit – adakah sesi itu diteruskan?

A. Tidak, sebaik sahaja sesi dimulakan, sesi dikira sebagai telah digunakan, walaupun tempoh sesi belum digunakan sepenuhnya.

Q. Bagaimana jika saya telah mengaktifkan akaun saya dengan Boingo pada pertengahan tahun? Adakah mereka masih mendapat 12 sesi?

A. Semasa tahun pertama pengaktifan anda, anda akan menerima bilangan sesi prorata. Bilangan sesi yang akan diperuntukkan adalah berdasarkan bulan penyertaan pada kadar satu sesi setiap bulan. Sebagai contoh, jika anda mendaftar untuk Wi-Fi Boingo pada bulan Mei, maka untuk tahun pertama, anda layak untuk menerima lapan sesi, yang boleh ditebus pada bila-bila masa sepanjang baki tahun separa pertama itu. Anda akan menerima peruntukan baharu sebanyak 12 sesi pada 1 Januari tahun hadapan selagi anda masih layak mendapat manfaat tersebut.

Q. Bagaimanakah saya boleh mengetahui apabila saya telah menggunakan sesi dan berapa sesi lagi yang tinggal?

A. Anda akan menerima pemberitahuan e-mel selepas setiap sesi telah bermula, yang mengesahkan penebusan anda dan menggariskan bilangan sesi anda yang tinggal untuk baki tahun itu. Anda juga akan menerima e-mel selepas 12 sesi telah digunakan.

Q. Saya tidak pernah menggunakan manfaat ini sebelum ini. Bagaimana saya boleh bermula?

A. Jika anda masih belum menggunakan manfaat ini atau tidak pasti sama ada anda memilikinya, anda boleh menyemak kelayakan anda di sini. Sebaik sahaja anda memasukkan data kad anda, anda akan dimaklumkan tentang kelayakan anda dan akan digesa untuk menyediakan akaun anda.

Q. Berapakah jumlah peranti yang dibenarkan untuk akaun saya pada satu-satu masa?

A. Had peranti untuk Wi-Fi Boingo untuk Pemegang Kad Mastercard ialah 4 peranti di kawasan khas daratan dan boleh digunakan dengan mana-mana gabungan telefon pintar, tablet dan komputer riba. Wi-Fi dalam penerbangan terhad kepada satu peranti bagi setiap sesi. Sekiranya anda ingin menggunakan berbilang peranti pada penerbangan yang layak, anda perlu menebus sesi lain.

Q. Syarikat penerbangan apakah yang mengambil bahagian dalam program Wi-Fi Dalam Penerbangan Boingo?*

A. Pada masa ini terdapat 26 syarikat penerbangan, yang menawarkan 1530 pesawat.

Aegean Airlines
Aer Lingus
Aero Mexico
Air Belgium
Air Europe
American Airlines
Austrian Airlines
Biman Bangladesh
Cathay Pacific
China Airlines
EgyptAir
Etihad
Eurowings
EVA Air
Garuda Indonesia
Japan Airlines
Lufthansa
Middle East Airlines
SATA
Scoot
Singapore Airlines
Swiss Airlines
Swoop
TAP Portugal
Virgin Atlantic
WestJet
Scoot
Singapore Airlines
Swiss Airlines
Swoop
TAP Portugal
Virgin Atlantic
WestJet

*Syarikat penerbangan tertakluk pada ketersediaan pada pesawat yang berbeza bagi setiap syarikat penerbangan yang mengambil bahagian dan senarai ini tertakluk pada perubahan pada bila-bila masa.