Boingo Wi-Fi Untuk Mastercard® Pemegang Kad Prabayar

Frequently Asked Questions

Q. Apakah faedah ini dan bagaimanakah faedah ini berfungsi?

A. The Boingo Wi-Fi for Mastercard Prepaid Cardholders benefit provides an individual eligible Mastercard prepaid cardholder with a 3-month membership plan at no additional cost. The Boingo Wi-Fi for Mastercard Prepaid plan access duration is for 3 months starting at the date and time of successful registration (e.g. 10 AM PST March 11 2017) and ending three months and one day later at midnight UTC (e.g. 4 PM June 11).

Eligible reloads to your prepaid card entitle you to an additional 3-month membership associated with your prepaid card. The Boingo Wi-Fi for Mastercard Prepaid Cardholders benefit provides you unlimited access to premium Wi-Fi at:
  • Over 1 million global hotspots
  • Thousands of hotels, retail locations, cafes and restaurants
  • Hundreds of airports (including ORD, LGA, JFK, LAX)
You can enjoy simultaneous worldwide access for up to four devices without worrying about data caps or roaming fees.

Q. Berapakah jumlah peranti yang dibenarkan untuk akaun saya pada satu-satu masa?

A. Pemegang kad boleh menggunakan akaun mereka pada sehingga empat buah peranti termasuklah telefon bimbit, tablet dan komputer riba.

Q. Berapa lamakah saya boleh menggunakan faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard ini?

A. Anda mempunyai 12 bulan dari tarikh anda mula-mula mengisi kad prabayar anda untuk mengaktifkan faedah 3 bulan Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard anda. Setelah diaktifkan, faedah akan tamat tempoh dalam masa tiga bulan.

Q. Bolehkah saya melanjutkan keahlian saya?

A. Ya, isian semula dana yang layak pada kad prabayar anda melayakkan anda untuk keahlian 3 bulan tambahan. Anda akan mempunyai 12 bulan dari hari anda membuat isian semula yang layak itu untuk menuntut lanjutan tempoh. Untuk menentukan amaun dana selayaknya sebagai isian semula yang layak, sila hubungi institusi kewangan anda.

Q. Bolehkah saya mengumpulkan tempoh keahlian 3 bulan yang layak?

A. Tidak, pada satu-satu masa, anda hanya boleh mempunyai satu kelayakan 3 bulan tambahan yang berkaitan dengan kad prabayar Mastercard anda yang layak.

Sebagai contoh, jika anda mempunyai keahlian 3 bulan yang aktif dan membuat dua isian semula yang layak pada kad prabayar anda, anda akan hanya layak untuk satu keahlian 3 bulan baharu yang boleh dituntut dalam tempoh 12 bulan dari isian semula terakhir dibuat. Setelah memulakan satu keahlian 3 bulan yang baharu, satu lagi isian semula yang layak dalam tempoh ini kemudiannya akan melayakkan anda untuk keahlian 3 bulan tambahan apabila keahlian yang aktif itu tamat tempoh.

Q. Apakah isian dan isian semula yang layak?

A. Isian atau isian semula yang layak ialah pengisian permulaan dan pengisian semula yang berikutnya pada kad prabayar anda dengan amaun dana yang tertentu. Institusi kewangan anda akan dapat mengesahkan keperluan khusus untuk kad prabayar anda.

Q. Bagaimanakah saya mendaftarkan faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard saya?

A. Setelah mengaktifkan kad prabayar Mastercard anda yang layak dan membuat isian yang layak pada kad itu, anda boleh pergi ke pautan yang diberi oleh institusi kewangan anda, sebagai contoh http://mastercard.boingo.com, dan mengikuti proses pendaftaran lancar sepertimana yang dinyatakan.
  1. Semak sama ada kad anda layak menerima faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard.
  2. Jika layak, cipta akaun Boingo anda. Penggunaan anda terhadap perkhidmatan Wi-Fi milik Boingo tertakluk kepada perjanjian pelanggan Boingo, perjanjian lesen pengguna akhir serta terma dan syarat sah lain yang diterima pakai, termasuklah terma penggunaan, dasar privasi dan keselamatan Boingo yang boleh didapati di http://www.boingo.com.
  3. Terima pengesahan untuk akaun Boingo yang baharu dicipta.
  4. Anda kini mempunyai akses kepada semua kawasan khas (hotspot) Boingo, aplikasi Wi-Finder dan Boingo Passpoint.

Q. Bagaimanakah saya membaharui keahlian saya untuk keahlian 3 bulan tambahan selepas membuat isian semula yang layak?

A.
  1. Institusi kewangan akan menghantar kepada anda pautan ke laman web semakan kelayakan Boingo Wi-Fi apabila anda membuat isian semula yang layak
  2. Apabila keahlian Boingo 3 bulan anda yang sebelum ini sudah tamat, klik pautan dan layari laman web
  3. Masukkan nombor kad anda ke dalam penyemak kelayakan
  4. Jika anda telah membuat isian semula yang layak, anda akan menerima pengesahan bahawa keahlian Boingo anda telah diaktifkan selama tiga bulan lagi

Q. Saya mempunyai pelan Boingo yang sedia ada. Adakah pelan itu akan dibatalkan secara automatik apabila saya mengaktifkan faedah saya?

A. Tidak, jika anda mempunyai pelan langganan Boingo berbayar yang sedia ada, pelan sedia ada anda tidak akan dibatalkan secara automatik apabila anda mendaftar dalam faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard. Jika anda ingin membatalkan pelan langganan berbayar anda yang sedia ada, layari https://my.boingo.com dan gunakan pilihan Cancel Subscription (Batalkan Langganan) atau hubungi talian khusus faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard menerusi nombor bebas tol yang disenaraikan di sini https://Mastercard.boingo.com/contact-us.

Q. Sejurus selepas mengisi/ mengisi semula kad saya, bilakah saya boleh mengaktifkan faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard saya?

A. Anda akan dapat mendaftarkan, atau membaharui faedah Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard anda dalam tempoh 48 jam setelah membuat isian permulaan, atau isian semula yang layak pada kad prabayar anda. Jika lebih daripada 48 jam sudah berlalu dan anda tidak dapat mendaftarkan atau membaharui faedah, anda hendaklah menghubungi institusi kewangan.

Q. Di manakah saya dapat menyambung kepada Boingo?

A. Anda dapat mengesan kawasan khas (hotspot) yang boleh diakses dengan melayari http://wifi.boingo.com atau memuat turun aplikasi Boingo Wi-Finder. Terdapat peta kawasan khas pada laman web dan juga pada aplikasi mudah alih dengan menggunakan pengesan kawasan khas Wi-Finder.

Q. Mengapakah sesetengah butiran lokasi untuk kawasan khas tidak mengandungi nama perniagaan?

A. Disebabkan peraturan privasi, sesetengah operator kawasan khas, cthnya. BT Wi-Fi Business Hub, tidak boleh memaparkan nama beberapa perniagaan kecil. Sebaliknya, alamat jalan disediakan sebagai butiran lokasi perniagaan tersebut. Alamat itu berserta dengan peta Wi-Finder akan membolehkan anda mengesan kawasan khas berkenaan.

Q. Bagaimanakah saya menyambung kepada kawasan khas Wi-Fi menggunakan Boingo?

A. Terdapat tiga cara untuk menyambung: menerusi pelayar menggunakan halaman pendaratan operator kawasan khas, menerusi aplikasi Boingo Wi-Finder atau Boingo Passpoint (di kawasan khas terpilih).

Halaman Pendaratan Boingo/Operator Kawasan Khas:

  1. Kesan kawasan khas yang boleh diakses menggunakan http://wifi.boingo.com atau Aplikasi Wi-Finder.
  2. Sambung kepada kawasan khas apabila berada di dalam lingkungan menggunakan tetapan Wi-Fi peranti.
  3. Buka pelayar anda dan masukkan kelayakan akaun Boingo (jika halaman pendaratan bukan berjenama Boingo, gunakan pilihan perayauan, pilih Boingo dan kemudian masukkan kelayakan akaun anda)

Aplikasi Wi-Finder:

  • iOS (iPhone, iPad atau iPod)
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari App Store
    2. Semasa pemasangan, buat pilihan “I have an account” (“Saya mempunyai akaun”) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Gunakan Wi-Finder untuk mengesan kawasan khas Boingo yang berdekatan
    4. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, pergi ke tetapan Wi-Fi iOS dan pilih rangkaian Boingo (akan memaparkan ‘Check for Boingo Wi-Fi’ (‘Semak Boingo Wi-Fi’))
    5. Ikuti pemberitahuan, masuki semula aplikasi Wi-Finder dan klik ‘Connect Now!’ (‘Sambung Sekarang!’)
  • Android
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari Play Store
    2. Klik ‘Grant Permissions’ (‘Beri Kebenaran’) dan ikuti arahan untuk menukar tetapan kepada ‘On’/‘Allow’ (‘Hidupkan’/‘Benarkan’).
    3. Klik ‘I already have an account’ (‘Saya sudah mempunyai akaun’) dan masukkan kelayakan akaun
    4. Gunakan Wi-Finder untuk mengesan kawasan khas Boingo yang berdekatan
    5. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’) dalam aplikasi Wi-Finder.
  • Mac OS X
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari http://boingo.com/retail dan pasang aplikasi
    2. Klik ‘Sign in’ (‘Daftar masuk’) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’)
  • Windows
    1. Muat turun Boingo Wi-Finder dari http://boingo.com/retail dan pasang aplikasi
    2. Klik ‘Sign in’ (‘Daftar masuk’) dan masukkan kelayakan akaun
    3. Apabila berada di dalam lingkungan kawasan khas, klik ‘Get Online Now!’ (‘Masuk Dalam Talian Sekarang!’)

Boingo Passpoint:

Anda boleh memasang profil Boingo Passpoint anda dengan melayari https://passpoint.boingo.com/ dan mengikuti langkah-langkah untuk muat turun.

Q. Adakah saya mempunyai akses kepada Wi-Fi dalam penerbangan?

A. Tidak, Boingo Wi-Fi untuk Pemegang Kad Prabayar Mastercard tidak merangkumi akses kepada Wi-Fi dalam penerbangan.

Q. Apakah Boingo Wi-Finder?

A. Boingo Wi-Finder merupakan aplikasi percuma untuk iOS, Android, Mac dan Windows yang membolehkan anda mengesan dan menyambung kepada kawasan khas berdekatan anda yang boleh diakses oleh Boingo menggunakan beberapa klik sahaja.

Q. Di manakah saya dapat memuat turun Aplikasi Boingo Wi-Finder?

A. Aplikasi Boingo Wi-Finder tersedia untuk dimuat turun menerusi http://boingo.com/retail, iTunes, App Store, Google Play dan Windows Store.

Q. Apakah Boingo Passpoint?

A. Boingo Passpoint membolehkan sambungan automatik, pantas dan selamat di pelbagai lapangan terbang dan 150,000 kawasan khas Time Warner Cable (TWC) Passpoint di seluruh negara tanpa perlu mengelog masuk, sama seperti di rumah! Hanya muat turun profil Boingo Passpoint ke peranti anda untuk menyambung di kawasan khas yang mempunyai Passpoint

Q. Peranti apakah yang menyokong Passpoint?

A. Hampir semua peranti yang menjalankan versi sistem operasi yang berikut mempunyai keupayaan Passpoint: Android 6.0, Windows 10, iPhone 5 (atau lebih tinggi), iPad generasi ke-3 (atau lebih tinggi), iPad Air, semua iPad Mini dan Mac yang menjalankan OSX Mavericks (atau lebih tinggi). Anda boleh mengesahkan sistem operasi anda dalam bahagian tetapan.

Q. Di manakah saya boleh menguruskan akaun Boingo saya?

A. Anda boleh menguruskan akaun anda dengan melayari https://my.boingo.com.

Q. Di manakah saya dapat mencari nama pengguna yang saya daftarkan untuk akaun Boingo saya?

A. Please refer to the confirmation email you received during registration or visit https://selfcare.-qa-stg.boingohotspot.net/accounthelp and follow the prompts.

Q. Bagaimanakah saya boleh menetapkan semula kata laluan saya?

A. You can reset your password by visiting https://selfcare.-qa-stg.boingohotspot.net/accounthelp and following the prompts.

Q. Siapakah rakan kongsi perayauan Boingo dan di manakah mereka berada?

A. Boingo mempunyai perkongsian dengan operator kawasan khas di Benua Amerika, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Asia Pasifik. Perkongsian itu merangkumi, antara lainnya, AT&T, Time Warner Cable (TWC), T-Mobile, Orange, BT Wifi, NTT Docomo, Telin dan China Mobile.

Q. Di tempat lain yang manakah saya dapat mencari jawapan jika soalan saya tidak dijawab di sini?

A. Anda boleh mendapatkan rencana yang menangani pertanyaan dan isu teknikal biasa dengan melayari http://support.boingo.com/Consumerwifi atau menelefon/meng-e-mel Pusat Sokongan Pelanggan Boingo.

Q. Apakah cara terbaik untuk menghubungi Pusat Sokongan Pelanggan Boingo?

A. Pusat Sokongan Pelanggan Boingo dapat dihubungi menerusi Mastercardsupport@boingo.com atau melalui nombor telefon bebas tol antarabangsa yang boleh didapati di https://Mastercard.boingo.com/contact-us.